fbpx

Zimi Sofazr Selamat Diijabkabul Semalam

Tahniah diucapkan kepada komposer dan juga anggota kumpulan Sofazr, Zimi atau nama sebenarnya Zarimi Bin Zahari yang selamat bernikah semalam.

Berita ini dapat disahkan setelah Zimi memuat naik gambar beliau bersama isterinya yang manis bertudung. Turut sama memuat naik gambar beliau dan isteri adalah Tomok yang turut hadir ke majlis pernikahan Zimi Sofazr.

Kami dari pihak Team Rotikaya mengucapkan selamat pengantin baru kepada Zimi dan semoga kekal hingga ke anak cucu!

Nota Editor: Kami cuba untuk menghubungi pihak Zimi namun tiada sebarang jawapan kerana mungkin dia sibuk dengan majlis resepsi yang sedang berlangsung sekarang.