fbpx

Ziana Zain Kini Bahagia, Enggan Kongsi Kisah Derita

Siapa sangka selama 19 tahun berkahwin, Ziana Zain terlihat begitu tenang namun dalam masa yang sama menyimpan pelbagai rahsia. Bagi Ziana, dia enggan bercerita lanjut kerana risau akan mengaibkan pelbagai pihak termasuklah ahli keluarga terdekat.

BACA: Ziana Zain Nekad Fail Penceraian, Armin Tidak Setuju

“Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.”

“Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri,” kongsinye kepada Utusan Online.?

Sementara itu Ziana turut menyatakan bahawa suaminya, Armin, langsung tidak menghubunginya dan juga anak-anak selepas bebas dari tahanan polis.

“Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.? Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya,” katanya. (rtky/s)