fbpx

Ziana Zain Nekad Fail Penceraian, Armin Tidak Setuju

Rumah tangga penyanyi popular Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin didakwa berada di hujung tanduk apabila penyanyi Madah Berhelah itu sudah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Namun, menurut sumber suaminya tidak bersetuju untuk melafazkan cerai dan minta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

BACA: Tiada Ahli Keluarga Hadir Jamin Suami Ziana Zain

Dalam perkembangan terbaru, Armin Zaharin bertindak melarikan diri daripada pihak media selepas selesai prosiding kes pukul anaknya di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

Peguamnya yang baharu dilantik Mohamad Rizal meminta anak guamnnya itu diberi sedikit ruang.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh baharu serahan dokumen dakwaan Armin mencederakan anak lelakinya pada Februari lalu. (rtky/m)