Ziana Zain Kalis Komen Negatif, Fokus Perkara Lebih Penting
Berdiri di dalam dunia seni selama lebih 20 tahun bukanlah saru kerja mudah dan bagi Ziana Zain, dia bebas daripada kontroversi itu bukan satu perkara luar biasa kerana dia mempunyai cara tersendiri bagi memastikan statusnya sebagai seorang selebriti sentiasa terjaga.
BACA: Video Mikrofon Ziana Zain Tercampak Jadi Viral
“Kenapa hendak sakitkan hati membaca perkara-perkara yang kita tahu tidak benar? Saya ada banyak lagi benda penting untuk difikirkan, setakat orang menulis tanpa usul periksa, biarkanlah mereka dengan dunia mereka”
“Saya bukan tidak boleh menerima kritikan atau merasakan diri ini baik tetapi tidak salah jika teguran itu diucapkan dengan cara yang sedikit berhemah. Kadang-kadang apabila saya melihat profil mereka yang mengata dan menulis perkara kurang manis, orangnya masih lagi remaja dan berhijab”
“Bagaimanapun, kata-katanya langsung tidak melambangkan keperibadian orang bertudung,” kata Ziana yang lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri jika ada perkara yang melanda. Malah penyanyi ini juga tidak mempunyai masalah jika teguran dibuat dengan niat memberi nasihat dan bukannya menghentam semata-mata.
Selain itu, Ziana juga kurang bersetuju dengan cara peminat selebriti yang berbalah sesama sendiri walhal mereka tidak mengenali satu sama lain pun selain sering menyatakan mereka mempunyai hak untuk bersuara.
“Barangkali itu cara mereka, saya tidak boleh menyuruh orang mengikut pendekatan serupa dengan saya,” katanya yang lebih senang untuk tidak menghiraukan komen negatif peminat. Setuju dengan Ziana. Hiraukan sahaja perkara negatif kerana masih banyak lagi perkara penting untuk difikirkan. (rtky/s)
tutup kepala tp bonjol2 xde guna jgk hahaha…konsep menutup aurat tu tak sampai
Doakan terbaik utk semua
btw mana kak tija n kak bed?sunyi je
pakaian yg ketat2 serta menampakkan susuk badan sah2 spt orang telanjang kak ziana ooii…
doakan kain bajunya longgar di pakai olehnya..dari menyalak kat sini .bkn dia baca pun,
tija?? where r u ?
demam ke tija oiii
hi kak Bed…apa kabo?
mana kak tija eak?
hi kak zabedah zabit…..kadang2 akak lagi hebat menyalaknya!!!….
Dunia hiburan ni memang perlukan publisiti dan kena mantop…
kekadang demi sesuap nasi banyak yang kena korban…
Moga zz akan berubah dan menjadi muslim yang sejati…
kerja kosong, klik dinama saya..