fbpx

Video Mikrofon Ziana Zain Tercampak Jadi Viral

Baru-baru ini dalam acara fesyen yang diadakan di Kuala Lumpur, Ziana Zain telah membuat persembahan dan yang lebih menarik, persembahan tersebut turut diiringi dengan kejutan daripada penyanyi itu sendiri apabila mikrofon yang digunakannya tercampak jatuh.

BACA: Ziana Zain Tidak Kisah Dikritik Berpakaian Ketat

Melalui rakaman video pendek ini di Media Hiburan, boleh dirasakan bahawa Ziana memang sedang memberikan persembahan terbaiknya dan selepas dia cuba untuk bergaya dengan melambungkan mikrofon, dia gagal untuk menyambutnya kembali.

Di akhir video, kelihatan penyanyi itu cuba untuk mendapatkan kembali mikrofon tersebut yang telah jatuh ke bawah pentas. Apa yang pasti, perkara itu berjaya mencuit hati mereka yang hadir. (rtky/s)