fbpx

Zara Zya Tiada Masa Untuk Bercinta

Masih lagi bujang dan belum mendirikan rumah tangga, nama pelakon Zara Zya seringkali dikaitkan dengan persoalan sama ada dia sudah mempunyai kekasih hati atau tidak. Namun bagi Zara, dia mengakui tiada masa untuk bercinta.

BACA: Zara Zya Mahukan Ciri-Ciri Lelaki Seperti Adiputra

“Saya tiada masa untuk bercinta kerana terlalu sibuk dengan kerjaya. Nanti, saya juga yang kecewa apabila masing-masing bosan kerana tiada masa untuk si dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Selain itu, pelakon wanita yang komited dengan kerjaya ini juga menjelaskan bahawa keluarganya juga memahami apa yang dilaluinya kini selain menolak dakwaan terjebak dengan cinta lokasi.

“Keluarga juga memahami meskipun abang dan kakak kesemuanya berkahwin awal. Lagipun, saya anak bongsu. Saya menganggap set penggambaran sebagai pejabat, jadi mustahil terjadinya cinta lokasi”

“Justeru, mana mungkin mahu bercinta dengan orang lain pula di set penggambaran yang berbeza,” jelas Zara Zya lagi. Pastinya Zara juga akan berkongsi dengan peminat jika hatinya sudah dimiliki satu hari nanti. (rtky/s)