fbpx

Zara Zya Terima Lelaki Muda, Boleh Tanggung Dirinya

Tidak merancang untuk bercinta lama jika sudah bertemu jodoh pilihan hati nanti, pelakon Zara Zya dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia tidak kisah jika dipertemukan dengan lelaki lebih muda, asalkan lelaki berkenaan mampu menanggung dirinya.

BACA: Zara Zya Tiada Masa Untuk Bercinta

“Saya tidak kisah jika seorang lelaki itu lebih muda. Tetapi kalau boleh tidak mahulah terlalu berbeza umurnya sehingga 10 tahun. Lebih penting adalah seseorang yang mampu menanggung saya. Tak mahulah kalau saya pula yang terpaksa menanggung kehidupan suami nanti”

“Rupa paras bukan keutamaan tapi kalau dapat yang kacak itu bonus. Bagi saya, apa yang penting adalah bagaimana dia menerima kehidupan seorang artis yang kita tahu kalau terlalu cemburu memang tidak boleh berkawan dengan saya,” katanya kepada Utusan Online.

Bagaimanapun, jelas Zara lagi, dia kini sebenarnya sedang sibuk memperbaiki kehidupan selain turut memberi seluruh tenaganya untuk kerja sehingga tiada masa untuk bercinta dan hanya menyerahkan perkara tersebut kepada Tuhan. (rtky/s)