fbpx

Zainol Macwilson Serah Pada Zahirah, Aiman Beri Nama Cucu

Berkongsikan perasaan gembira apabila menimang cucu sulung hasil perkahwinan anaknya, Zahirah dan Aiman Hakim, pelakon Zainol Macwilson terharu dan berbangga apabila kini bergelar datuk.

Ditanya mengenai nama cucunya, Zainol berkata Zahirah dan Aiman ada bertanyakan  nama sesuai untuk diberikan, namum dia menyerahkan pada anak dan menantunya untuk memberikan nama.

BACA: Sudah Bergelar Isteri, Bapa Tetap Pantau Zahirah MacWilson

“Syukur kedua-duanya iaitu anak dan cucu saya sihat. Cuma, nama masih belum ada dan mereka ada juga tanya pada saya nama yang sesuai untuk diberikan.

“Namun saya serahkan kepada mereka sendiri untuk memberi nama. Kalau saya beri pun, mereka pasti ada pilihan sendiri. Tapi, saya seronok tatap gambar cucu yang dikirim mereka menerusi WhatsApp,” katanya.

Dalam pada itu, Zainol turut meluahkan rasa sedih kerana tidak berpeluang menatap wajah cucunya di depan mata. Namun, Zahirah memintanya bersabar serta jangan bimbang kerana dia dijaga dengan baik oleh ibu dan adik beradiknya.

Saya pujuk hati dan apabila mereka balik ke Malaysia nanti, giliran saya pula yang layan. Namun, saya masih belum pasti bila mereka akan balik ke sini.

“Lagipun kena tengok juga pada penerbangan kalau ada. Yang paling dirisaukan ialah mereka dan cucu saya akan kena buat ujian Covid-19 dan jalani kuarantin.

“Jadi, biarlah cucu saya membesar dahulu. Lagipun, Aiman dapat visa agak lama dan tak perlu dirisaukan sangat.

“Sebagai ayah, saya mewakili Zahirah dan Aiman, rasa begitu terharu di atas ratusan ucapan tahniah dan doa daripada peminat-peminat kami bertiga. Terima kasih,” katanya.