fbpx

Sudah Bergelar Isteri, Bapa Tetap Pantau Zahirah MacWilson

Meskipun Zahirah MacWilson sudah pun bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza, namun bapa kepada aktres tersebut, Zainol Johari Macwilson akan tetap memantau perkembangan anaknya.

Menurut Zainol, anak dan menantunya itu masih muda dan perlukan bimbingan untuk melayari alam rumah tangga. Ujarnya, dia juga banyak memberi nasihat kepada Zahirah untuk berdepan kehidupan selepas ini.

BACA: Dengan Sekali Lafaz, Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Sah Bergelar Suami Isteri

“Sebagai bapa, saya akan terus pantau Zahirah. Bukan dia saja, tapi Aiman juga kerana dia menantu saya. Kedua-duanya pasangan muda, jadi mereka perlukan lebih bimbingan untuk melayari kehidupan berumahtangga yang dikira masih baru.

“Justeru, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu memperbaiki apa yang kurang. Faham sajalah kedua-duanya anak seni, jadi kenalah sentiasa sabar dan tabah dengan dugaan.

“Apa yang pasti sikap cemburu akan ada tapi kenalah buang jauh-jauh. Paling penting sikap saling memahami kena ada pada mereka,” katanya kepada Harian Metro. 

Dalam pada itu, Zainol meluahkan rasa syukur dapat melihat anaknya itu berkahwin dan akui agar berat untuk melepaskan Zahirah, namun, dia melihat peribadi Aiman yang baik dapat membahagiakan anaknya.

“Syukur saya dilanjutkan usia untuk lihat anak sulung berkahwin. Memang agak keberatan untuk melepaskan dia tapi sudah jodoh Zahirah dengan Aiman.

“Saya pun lihat Aiman baik orangnya dan percaya dia dapat membahagiakan Zahirah. Saya minta semua pihak doakan rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke jannah,” katanya.