fbpx

Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi, Akui Che Ta Masak Sedap Sangat

Mengaku pernah mengalami masalah kolestrol tinggi, pelakon Zain Saidin berkata semuanya gara-gara tidak menjaga makan ditambah pula dengan masakan isterinya, Rozita Che Wan atau Che Ta terlalu sedap.

Menurut Zain, dia mengalami masalah tersebut berikutan banyak menghabiskan masa di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu. Ujarnya, dia mengetahui perkara itu ketika dimasukkan hospital selepas mengalami sakit belakang pada Jun lalu.

BACA: Geram Bila Peminat Samakan Che Ta, Zain Saidin Bagai ‘Mak & Anak’

“Ketika PKP itu, saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada banyak masa bersama keluarga. Ditambah, Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.

“Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah, semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolestrol tinggi.

“Ketika dimasukkan ke hospital akibat ‘thinning disc’, yang menyebabkan sakit belakang pada Jun lalu, baru tahu saya mengalami kolestrol tinggi melebihi paras tujuh,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Zain lagi, sejak mengetahui menghidap kolestrol tinggi dia mula menjaga pemakanan memandangkan dia memiliki sejarah keluarga ada masalah berkenaan.

Kini dilhat jarang muncul di kaca televisyen, Zain berkata dia memberi tumpuan pada perniagaan kambing bakar dikenali Mmmbaek yang diusahakan bersama rakannya di kantin, Setor Gombak sejak awal tahun lalu.