fbpx

Geram Bila Peminat Samakan Che Ta, Zain Saidin Bagai ‘Mak & Anak’

Perbezaan 12 tahun dengan suami, Zain Saidin, Rozita Che Wan kadang kala geram apabila sering menerima komen mengatakan hubungan mereka seperti mak dan anak. Namun Che Ta enggan terlalu melayan perasaan dan lebih selesa memilih untuk menyekat sahaja komen yang keterlaluan di media sosial.

BACA: Che Ta Tak Sanggup Dimekap Jadi Tua

“Jika saya muat naik gambar bersama Zain, adalah komen cakap seperti kakak dan adik. Lebih sadis, cakap macam mak dan anak. Kalau difikir serius memang geram, tetapi saya tak terlalu larut dengan komen sebegitu. Cara saya senang, komen keterlaluan, disekat sahaja”

Kongsinya Che Ta lagi, memikirkan usia Zain 50 tahun dikala beliau menginjak usia 60 tahun nanti, beliau berasa terkedu tetapi baginya kasih sayang itu bukan berdasarkan fizikal semata tetapi terletak pada hati masing-masing.

“Terkedu juga saya memikirkannya. Cuma saya selalu ingat kasih sayang bukan berdasarkan fizikal, tetapi lebih kepada hati. Walaupun sudah ‘kerepot’, insya-Allah moga Zain akan terus setia. Lelaki jika main kayu tiga, tak perlu tunggu isteri sudah tua atau sebaliknya,” katanya.

Untuk pengetahuan Che Ta pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, bagaimanapun berpisah. Kemudiannya, berkahwin semula dengan Zain pada Disember 2013 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana. (rtky/w)