Zahiril Adzim Sudah Bosan Berlakon, Mahu Jadi Pengarah
Mengakui sudah merasa bosan dengan watak yang diberikan hampir sama saja, pelakon Zahiril Adzim menyatakan bahawa dia kini mahu aktif di belakang tabir selain mahu menimba pengalaman untuk menjadi pengarah.
BACA: Zahiril Adzim Bukan Jadi Ustaz Di Majlis Agama
“Sebenarnya saya sudah bosan berlakon kerana sering diberikan watak sama saja. Namun tidaklah bermakna saya ingin terus bersara dari dunia lakonan. Buat sementara waktu, saya ingin aktif di belakang tabir dan menimba pengalaman sebagai pengarah”
“Pengalaman menjadi pengarah buat pertama kali membuatkan saya ingin terus menerokai bidang itu. Saya tak meletakkan jangka masa untuk berehat sebaliknya bergantung kepada situasi kerana saya sendiri tidak mempunyai sebarang perancangan berhubung hal itu,” jelasnya kepada BH Online.
Pelakon ini juga menjelaskan dia tidak mahu terlalu menonjol di dalam industri hiburan dan sudah selesa dalam keadaan ketika ini. Kata Zahiril, dia tidak mahu terlalu bergantung kepada populariti sahaja untuk terus wujud dalam industri hiburan tanah air. (rtky/s)
nak wat mcm na..ni lah nasib jadi anak seni kat Malaysia ni..penerbit skrg lebh fokus pada keuntungan semata2..kualiti hancuss…sbb tu mcm ssh nk tgk retis kita ni berlakon kt Hollywood..watak tak berkembang..balik2 muka hero/heroin yg mcm nak mintak kena pijak je..
kalau tak buat citer cinta pakwe makwe pn kami tengok,,jangan risau..nak buat cerita org sesat cari iktiar jalan keluar..cerita kisah benar jenayah ke kisah benar kejar cita-cita dan impian ke asal jgn impian mcm drama skrg dah la kejar cinta je..cerita-cerita masyarakat kami tengok asal logik akal la kan jgn la drama ..filem angan-angan kosog jer..
aku rasa zahiril kalau jadi pengarah dia akan jadi pengarah yang berseni. tak mementingkan keuntungan. tapi kualiti.
Untuk melangkah setapak kaki lagi untuk menjadi pengarah dari seorang pelakon adalah satu usaha gigih untuk memajukan diri dalam industri seni. Kalau di fikirkan, lebih baik menimba pengalaman sebagai seorang pengarah kalau sudah di beri tanggung jawab untuk menggilis peranan ini. Lagi pun semakin hari semakin ramai yang menjadi pelakon. Jadi sudah tentu kompetitif nya dengan pelakon lain tetap ada. Jadi untuk menjadi seorang pengarah memang satu keputusan yang tepat supaya dapat melangkah lebih jauh lagi, terus menjadi seorang penerbit filem satu hari, yang lebih mencabar dan boleh hidup senang kelak.