fbpx

Zahiril Adzim Bukan Jadi Ustaz Di Majlis Agama

Sering muncul di majlis keagamaan, Zahiril Adzim mengakui kehadirannya di majlis sebegitu adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai agama Islam daripada sudut seorang manusia selain menjelaskan dia belum layak untuk mengajar tentang perihal agama dengan lebih mendalam.

BACA: Zahiril Adzim, Shera Aiyob Tunai Umrah Bersama

“Saya tahu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama namun saya bercerita mengenai pengalaman sebagai manusia yang dalam proses berubah ke arah yang lebih baik. Kalau orang panggil suruh saya bercakap dan duduk sebaris dengan ustaz-ustaz pun, saya sudah gementar kerana saya sedar ilmu agama saya sendiri tidak tinggi”

“Namun niat saya kuat untuk mengajak golongan muda ikut majlis ilmu seperti itu,” katanya kepada mStar Online menjelaskan mengenai dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan kelayakannya untuk bercakap di majlis sedemikian tentang Islam di majlis agama baru-baru ini.

Selain itu, pelakon ini juga menegaskan bahawa jika dia diundang untuk bercakap perkara berkaitan agama dengan lebih mendalam, dia akan menyerahkan tugasan tersebut kepada mereka yang lebih layak.

“Saya akan beri tugas itu pada orang lebih layak tetapi ketika dipelawa untuk bercakap tentang agama, hati saya terbuka dan terus bersetuju walaupun saya sedar ilmu agama tidak tinggi,” jelasnya yang turut merancang untuk menjual pakaian fesyen jalanan Islamik. (rtky/s)