fbpx

Yatt Hamzah Kini Sah Hamil Dua Bulan

Tahniah kami ucapkan kepada Yatt Hamzah kerana kini telah disahkan hamil dua bulan. Yatt dan suami, Mohammad Zulfadhli Khiruddin selamat diijabkabul pada 27 Februari lalu. Kata Yatt, dia menyedari dirinya berbadan dua kira-kira tiga minggu lalu.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Bertandang Yatt Hamzah

“Sebenarnya, saya dan suami tidak merancang apa-apa mengenai anak. Kami biarkan rezeki itu ditentukan Allah. Alhamdulillah, saya disahkan hamil. Setakat ini, kandungan kali ini agak manja sedikit. Saya hanya makan di rumah saja kerana tidak boleh makan di luar,” jelasnya kepada BH Online.

“Saya bersyukur kerana sejak kelahiran Suci enam tahun lalu, saya sentiasa berdoa diberikan cahaya mata kedua. Sekarang pada perkahwinan kedua ini, Allah makbulkan doa saya. Bukan saya saja, malah Suci paling gembira untuk mendapat adik. Dia banyak mengingatkan saya agar berhati-hati,” katanya.

Baru-baru ini juga Yatt turut mendalami pendarahan dan dinasihatkan untuk untuk banyak berehat. Untuk rekod, sebelum ini Yatt berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009. Namun, mereka bercerai pada 25 Ogos lalu.