fbpx

Gambar Sekitar Majlis Bertandang Yatt Hamzah

Setelah melangsungkan majlis berinai pada malam semalam, hari ini telah berlangsung majlis bertandang Yatt Hamzah yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Majlis tersebut cukup meriah bertemakan warna merah jambu lembut.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Berinai Yatt Hamzah

Sebelum ini, di awal perkahwinan mereka, Yatt diduga apabila segelintir masyarakat yang mempertikaikan hubungannya bersama suami sudah terjalin ketika Yatt belum bercerai lagi. Bagaimanapun, bagi Yatt mahu pun suami, mereka menafikan perkara berkenaan selain tidak mahu ambil kira kritikan negatif.

Pasangan bahagia ini juga sempat berbulan madu di Pulau Krabi, Thailand selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing. Apa pun, semoga kehidupan Yatt bersama suami akan terus dilimpahi bahagia. (rtky/s)