Yatt Hamzah Minta Mahkamah Tangguh Kes Cerai
Pelakon Yatt Hamzah memohon kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu.
BACA: Yatt Hamzah Fail Perceraian Terhadap Abdul Mutalib
Yatt menerusi peguam syarie, Nuraini Fauzi membuat permohonan itu selepas menyatakan ingin menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi mereka secara baik dan meminta tempoh sebulan untuk berbincang.
Nuraini ketika memberitahu mahkamah, pasangan itu yakin menerusi perbincangan secara mendalam ia dapat membuka ruang dalam menyelamatkan rumah tangga yang dibina selama enam tahun itu. Kes disebut dihadapan Hakim Syarie Mohd Saifullah Hamzah.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 35, selaku plantif bagaimanapun tidak hadir pada prosiding itu. Dalam pada itu, Abdul Mutalib selaku defendan juga turut bersetuju dengan permohonan tersebut. Abdul Mutalib, 35, diwakili peguam syarie, Rafizal Ahamadin.
Kes berkenaan akan disebut semula pada 20 April depan. Sementara itu, Abdul Mutalib ketika ditemui diluar mahkamah enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan terbaharu kes berkenaan. (rtky/syfq)
hari tu kes baju kene ciplak.. yg ni pasal ni pulak.. pape je lah yat jgn jadi geng meroyan sudah lah
Kubang semang
hurm,,xminat nk tau psl ustazah segera nie,,next!
Kajian menunjukkan kebanyakan pasangan bercerai sebab tidak solat… tapi dlm kes Yatt ni musykil jgk sbb apa nk cerai? selesailah cara baik… awak tu pon dh berhijrah! tak elok cerai berai ni… kesian anak jadi mangsa!
yelah.. kalau dah berhijrah… tau tentang agama… buat apa nak bercerai apabila dah boleh hidup bersama selama enam tahun. fikirlah perasaan anak yang kecil yang masih ketagihkan kasih sayang kedua mak bapanya. kalau dah hidup berasingan, mestilah anak berasa kesunyian dan masa depanya pun tidak stabil sebab meraung dalam hati akibat penceraian mak ayah. renunglah masa depan anak dan ketepikan keegoaan anda berdua.
Jemah mmg tak minat dia ni, rasa dia nie fake.
Dier ni ckp pandaiiii…..ntah xsuker dier ni…
Jemah pun tak minat dia nie Matbon!