fbpx

Yatt Hamzah Fail Perceraian Terhadap Abdul Mutalib

Ternyata berita mengenai keretakan rumah tangga yang menyelubungi pelakon dan pengacara, Yatt Hamzah mengejutkan ramai pihak dan juga peminat setianya apatah lagi pasangan ini sudah berkahwin sejak 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malika.

BACA: Suami Mahu Tarik Semula Kes, Dapatkan Khidmat Kaunseling (ext.)

Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah dilaporkan memfailkan penceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor di Mahkamah Rendah Syariah Gombak, hari ini. Bagaimanapun, suami Yatt tidak dapat dihubungi untuk mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Peguam Syarie, Noraini Fauzi yang mewakili Yatt memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya itu telah memfailkan permohonan penceraian mengikut Seksyen 47 Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Noraini berkata pihaknya telah menyerahkan saman kepada defendan pada 10 Februari lalu.

Namun Abdul Mutalib memaklumkan mahkamah untuk menarik semula kes untuk bagi mendapatkan khidmat kaunseling dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya.

Mahkamah seterusnya menetapkan 12 Mac depan untuk sebutan kes serta melantik peguam. (rtky/syfq)