fbpx

Yana Samsudin Dipuji Tak Salam Ahli Running Man

Sabtu lalu selebriti Korea, Suk Jin yang juga ahli Running Man datang ke Malaysia dalam program CJ WOW Shop, memang gamat habis! Tetapi apa yang mendapat perhatian, tindakan Yana Samsudin menolak bersalaman dengan selebriti itu.

BACA: Demi Anak Kedua, Yana Samsudin Jalani Rawatan

(Pukul 9am nanti saya buat Live kat FB saya ok, khas buat yang takda or tak sempat tengok TV9 ????) . Assalamualaikum salam Jumaat semua… anneyohasayo ? haaa… yana nak share yang hari Ahad ni (5 Ogos) kita akan berjumpa di Mydin USJ jam 1pm untuk #CampurCampurSiap masak live dengan yana ? haa.. kita leh share resepi acik acik bawang dengan korang… . . . Untuk esok pulak standby di Tv9 jam 9am tau, yana bersama geng abam & hakak Korea #RunningMan ( @jeeseokjin @yangse2848 @ssongjjong.ifnt @jeaworld ) akan offer korang barang-barang best & rare dari Korea? . . khas kolaborasi #SalesKingTV & @cjwowshop save no ni 1800180808 cepat, esok kalau peminat nak beli barang leh support untuk capai misi diorang kasi SOLD OUT!!! hikhik… jangan lupa k.. 2 date nih ? #TheWowShow #CjWowShop #YanaHosting #SungJong #Infinite #jisukjin #yangsechan #jea #browneyedgirls #inspirit #HidupMestiAdawow

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Menerusi video dimuat naik Yana, ketika dirinya bertemu selebriti itu selaku pengacara program, Suk Jin ingin bersalaman dengannya namun Yana menolak secara baik, sambil menjelaskan beliau hanya bersalaman dengan wanita.

Rata-rata tindakan Yana menjaga batas pergaulan dengan bukan muhrim itu mendapat pujian. Ramai turut bangga dengan sikap Yana yang profesional menolak dan harus dijadikan contoh buat selebriti lain.

Bagi peminat Running Man, pastinya tahu kehadiran Suk Jin dan See Chan semalam ke program tersebut memang kecoh habis dengan telatah lucu mereka. Dalam program itu, Yana menjadi host bersama beberapa pengacara lain. (rtky/w)