fbpx

Demi Anak Kedua, Yana Samsudin Jalani Rawatan

Cahaya mata merupakan rezeki yang sangat bernilai bagi setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Demi mendapatkan cahaya mata kedua, Yana Samsudin mendedahkan bahawa dia telah beberapa kali menajalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) yang menelan belanja sebanyak RM20,000.

BACA: Yana Samsudin Teringin Untuk Hamil Lagi

“Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi. Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Menurut Liyana, dia tidak menolak kemungkinan bahawa rawatan yang dijalaninya itu kurang berkesan kerana dia sendiri sibuk bekerja malah turut dinasihati doktor untuk berehat.

“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja. Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,” kata Yana. Yana berkahwin dengan Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aisy Mateen yang kini berusia 2 tahun. (rtky/s)