Pasti ramai tahu sebelum ini, pelakon Wawa Zainal pernah meluahkan rasa bimbang mengenai masalah gigi dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, Wawa berkata impian anak keduanya iaitu Hayla yang baru berusia enam tahun untuk memakai gigi palsu akhirnya tercapai.
BACA: Wawa Zainal Pernah Menyesal Kahwin Dengan Aeril Zafrel
Wawa berkata anaknya itu melalui prosedur yang sama seperti orang dewasa yang ingin memakai gigi palsu serta turut berkongsikan video proses berkenaan.
View this post on Instagram
“Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla, Wawa buat crown & gigi palsu macam orang tua ni ha apa entah nama dia. Ditidurkan masa pembedahan buang gigi. Ahamdulillah lepas bangun takde rasa sakit pun,” tulisnya.
Dalam entri tersebut Wawa turut meminta ibu bapa yang mempunyai anak mengalami masalah gigi rosak supaya tidak berputus asa. Wawa akui terkilan dituduh tak pandai menjaga gigi anak sedangkan anaknya menggosok gigi dua kali sehari.
“Korang yang ada anak gigi rosak jangan down tau. Wawa pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal gosok je dua kali sehari. Cuma silapnya lambat jumpa doktor,” katanya.
Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan dikurniakan tiga cahaya mata dimana seorang lagi anak perempuan Aya Soffya kini berusia dua tahun.