Wawa Zainal Pernah Menyesal Kahwin Dengan Aeril Zafrel
Rumah tangganya kini bahagia bersama tiga cahaya mata yang comel belaka, bagaimanapun pelakon Wawa Zainal mengakui pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengan suaminya pelakon Aeril Zafrel.
Menerusi satu temu bual dalam Instagram bersama Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad, Wawa berkata dia terkilan kerana berkahwin ketika popularitinya sedang memuncak. Wawa juga mengakui turut terbeban dengan permintaan Aeril agar dia memakai tudung sebelum keluar rumah.
BACA: Pernah Minta Cerai, Wawa Zainal Hargai Kesabaran Aeril Zafrel
“Ketika itu saya tengah popular dan berada di puncak. Apabila saya berkahwin dengan dia macam…eh menyesalnya aku kahwin dengan kau. Tak dapat semua yang aku nak, tak hidup mewah.
“Kahwin pun ada dasar cinta itu buta. Ingat lagi waktu saya free hair selepas berkahwin dia kata saya tak boleh keluar rumah kalau tak pakai tudung. Permulaan memang susah tapi lama-lama saya reda sebab tutup aurat itu wajib,” katanya.
Bagaimanapun, Wawa meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyabar serta banyak membimbingnya ke jalan yang diredhai.
“Kalau dia tak sabar mungkin saya dengan dia dah tak ada. Tapi disebabkan kesabaran dia, saya rasa semakin hari semakin kagum dengan sikap dia yang berjaya pimpin saya.
“Ketika zaman bujang, saya selalu berdoa kepada Allah supaya dipertemukan dengan seseorang yang boleh pimpin saya ke syurga dan perbetulkan solat saya. Alhamdulillah saya bertemu dengan dia,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Waduhhh jgn donnng… Jangan nyesal kok nnti jadi tua banget nnti… Jangan lorrrrr
Pakai tudung sebab takut suami bukan kerana allah. Tak habis dengan cite tudung, bosan gile. Kalau suami cuci mata, buat maksiat boleh pulak. Songsang betul
Mata duitan punya betina masa susah nyesal kwin dah jd jutawan sayang bkn main!
Kenapa diungkit hal lalu? Aeril nanti tambah cawangan2 baru. Jgn menyesal juga.
Tk yah nk nyesal sanggattttt ler..!! Dh kuar org tu!!
Betina ni dh kenapa..sebok dok canang cite rumah tangga..kau nak kena cerai ke ape???
Masa susah meroyan minta cerai. Itu lah kelemahan beso pompuan. Tak sabar diuji.
dia mnyesal sbb kena tebuk dgn zafrel, smpai kuar anak luar nikah tu