fbpx

Wawa Zainal Tidak Dapat Balik Beraya Kerana Sarat Hamil

Sedar atau tidak pasangan yang pernah mencipta kontroversi suatu masa dulu ini telah empat tahun meraikan sambutan hari raya Aidilfitri namun Wawa Zainal mengakui tidak pernah balik beraya di Sabah pada hari pertama raya kerana sering beraya di kampung suami.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Wawa Zainal berkata tahun ini juga beliau terpaksa melupakan hasrat untuk balik beraya di Sabah kerana kini sedang sarat mengandung lapan bulan namun ibu bapa dan juga adik beradik beliau bakal turun ke Rengit, Johor untuk berhari raya.

BACA: Wawa Zainal Sah Hamil Anak Kedua, Harap Dapat Anak Perempuan

“Selama empat tahun itu juga saya tidak dapat balik raya. Ada balik tetapi bukan masa raya. Sepanjang raya memang tidak dapat balik. Aeril memang mahu ke Sabah cuma tiada kesempatan. Bagaimanapun, ibu bapa dan adik-adik selalu datang sini. Tahun ini, keluarga saya akan ikut sekali balik ke kampung Aeril di Johor,” ujar Wawa Zainal.

Aeril Zafrel dalma tembual yang sama mengesahkan yang mereka bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada 25 Ogos nanti dan merupakan anak kedua pasangan ini selepas dikurniakan anak lelaki Ahmad Fakharuddin Attar pada 24 Ogos 2013 lalu.

“Alhamdulillah, tahun ini kami dikurniakan anak perempuan. Persediaan sama seperti sebelum ini. Baju dan biskut raya semua beli, malah rendang juga kami upah orang masak. Insya-Allah, pada hari raya kedua kami balik kampung saya di Rengit, Johor,” katanya lagi. (rtky/m)