Pelakon Wawa Zainal yang juga isteri kepada Aeril Zafrel telah disahkan hamil anak kedua baru baru ini dan dalam kenyataan kepada Harian Metro beliau mengharapkan kehadiran anak perempuan pula kali ini dalam keluarga mereka.
Pasangan romantis yang berkahwin pada 25 Februari 2012 yang lalu ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Fakharuddin Attar.
BACA: Berhenti Berlakon, Wawa Zainal Mahu Fokus Pada Keluarga & Perniagaan
“Kandungan saya masih di peringkat awal. Keadaan kesihatan saya sekarang juga tidak menentu. Jadi, doakan saja semoga semuanya selamat hingga saya bersalin nanti. Harapnya kali ini perempuan. Kalau dapat sepasang, seronok juga,” ujar Wawa Zainal.
Tahniah kami ucapkan buat pasangan Aeril Zafrel & Wawa Zainal sekeluarga, semoga kehadiran orang baru ini menambah seri dan kebahagiaan dalam hidup kalian. (rtky/m)