fbpx

Wawa Zainal Bakal Kembali Berlakon, Suami Urus Kerjaya

Anda rindukan kelibat Wawa Zainal di kaca televisyen? Aktress ini akan kembali berlakon selepas setahun menyepikan diri dari dunia seni dan kali ini bernaung di bawah pengurusan suami.

Suami kepada Wawa Zainal, Aeril Zafrel berkata kepada mStar Online hari ini yang isterinya sudah menerima beberapa tawaran berlakon dan semua projek yang ada merupakan di bawah pengurusan syarikat miliknya sendiri.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Bulan Madu & Sambut Tahun Baru Di London

“Sebelum ini Wawa mengambil pendekatan untuk memberi sepenuh tumpuan pada anak kami — untuk tahun 2014 ini, Wawa akan kembali dengan beberapa projek dan semua itu adalah di bawah pengurusan pihak saya,” ujar Aeril Zafrel.

Aeril Zafrel yang masih berada di Eropah bersama isterinya itu juga berkata yang dirinya sibuk di set penggambaran filem selain ada dua penggambaran drama bersiri yang akan berlangsung.