Selepas kontroversi yang melanda pasangan ini beberapa bulan lalu, pasangan ini seakan senyap dari dunia hiburan. Mungkin masing masing sibuk fokus kepada keluarga kecil yang baru dibina.

Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini berada di London khabarnya untuk berbulan madu buat pertama kali sejak pernikahan mereka menjadi perhatian ramai sekitar Oktober 2013 yang lalu.


Pastinya pasangan ini turut membawa anak sulung mereka, Ahmad Fakharuddin Attar untuk sama sama menikmati percutian di kota Eropah itu dan mereka sekeluarga akan turut menyambut tahun baru di sana. Bertuah badan. (rtky/m)