fbpx

Wanita Bertudung Mesej Shaza Bae, Puji Kacak Jadi ‘Tomboi’

Pelakon Shaza Bae berkongsikan dia menerima banyak mesej daripada peminat di media sosial yang memuji lakonannya membawa watak Sam dalam drama Aku Bukan Ustazah.

Memetik mStar Online, Shaza berkata dia turut terkejut apabila kebanyakan mesej pujian daripada golongan wanita yang memujinya kacak serta cair melihat watak Sam.

BACA: Dilabel Tak Cantik, Shaza Bae Dah Lali Dengan Kritikan

“Ada yang hantar DM beritahu saya terlalu kacak untuk jadi wanita, kebanyakan yang hantar mesej itu adalah wanita bertudung. Tak kurang juga ada yang cakap ‘cair’ melihat watak Sam,” katanya.

Sementara itu, Shaza menganggap ia pujian daripada penonton serta mengingatkan dirinya bukan peminat kaum sejenis dan ia hanya watak yang dilakonkan serta meminta mereka diluar sana tidak terlibat dengan hubungan tersebut.

“Jika sempat saya akan balas dan beritahu itu hanyalah watak. Harap mereka tidak kecewa apabila berjumpa saya secara bersemuka kerana saya adalah orang yang berbeza dengan watak tersebut.

“Ada juga yang mesej diterima, saya sekadar bagi like sahaja kerana tak mendorong mereka ke arah perkara tidak elok,” katanya.

SUMBER: mStar Online