Pelakon Rita Rudaini berkata dia tidak pernah menggunakan statusnya sebagai seorang selebriti untuk mendapat layanan istimewa terutama dalam urusan berakitan sekolah anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita berkata setiap individu wajar dihormati meskipun bukan bergelar orang kenamaan mahupun ‘kabel’ untuk mendapat hak sepatutnya.

BACA: “Buta Mata Buta hati” – Rita Rudaini Meluat Orang Merokok Dalam Kedai Makan

“Tak perlu jadi VIP untuk dihormati. Tak perlu ada kabel untuk mendapat hak,” tulisnya.

Tambah Rita lagi, perkara yang perlu diberi perhatian adalah suara ibu bapa dan sikap pilih kasih serta budaya kroni perlu dihapuskan.

Tambahnya lagi, bila hal kroni dan politik dinormalisasikan ianya akan memberi kesan kepada anak-anak yang sedang belajar mengenai kehidupan.

Dalam pada itu, Rita berkata dia akan berurusan mengikut peraturan yang sah tanpa menggunakan namanya sebagai selebriti.

“Saya berdiri sama seperti ibu bapa lain.. ikut peraturan yang sah, bukan peraturan yang direka-reka mengikut kehendak pihak tertentu. Sekolah sepatutnya mendidik tentang integriti, keadilan dan merit, bukan budaya kroni, pilih kasih atau politik kelompok,” katanya.

×