Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir individu yang masih merokok di kawasan larangan biarpun ada notis amaran.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Rita berkata tindakan berkenaan seolah tidak menghormati pelanggan lain terutama ketika di kedai makan.

BACA: Rita Rudaini Tegur Tindakan Tahan Sijil, Wang Ganjaran Pelajar Cemerlang SPM Kerana Tunggakan PIBG

“Paling meluat tengok manusia merokok dekat tempat yang di larang merokok. Sah-sah kedai makan tu ada tanda no smoking,”  katanya.

Lebih kesal, Rita berkata apabila kita memandang individu tersebut seolah tidak menghiraukan perasaan orang lain dengan tindakan mereka itu.

“Buta mata buta hati. Bila kita perhati dia, dia nampak kita tengok dia sebab memang meja sebelah je, muka poyo tak ada common sense.

“Orang Melayu kita, orang macam ni dah tahu sikap dia macam mana. Tak fikir orang keliling, penting diri,” katanya.

×