fbpx

Jasmine Suraya Tak Fasih Mandarin Walaupun Berbangsa Cina

Ramai yang mengambil peluang sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mempelajari sesuatu yang baharu, termasuklah Jasmine Suraya dimana dia memberitahu mengambil kelas bahasa Mandarin secara dalam talian.

Jasmine mangakui, meskipun dia berbangsa Cina namun dia tidak begitu fasih berbahasa Mandarin. Jasmine berkata dia perlu pandai bertutur Mandarin jika ingin mengembangkan kerjaya seninya ke luar negara.

BACA: Jasmine Suraya Nekad Mahu Berpuasa Sebulan

“Tak bosan sangat sepanjang tempoh PKP ini kerana saya sedang mengikuti kelas belajar bahasa Mandarin secara online bersama seorang guru.

“Walaupun saya orang Cina, tapi saya tak fasih berbahasa Mandarin, memandangkan saya ada letak impian nak kembangkan bakat di luar negara jadi saya kena pandai cakap Mandarin.

“Tawaran yang datang nanti mungkin memerlukan saya bawa watak Cina, jadi mahu atau tidak saya kena fasih berbahasa Mandarin dan sebab itu saya perlu bersedia,” katanya kepada mStar Online.

Jasmine berkata dia sentiasa menantikan peluang untuk mengembangkan lakonan di peringkat antarabangsa. Dalam pada itu, Jasmine mendedahkan bukanlah seorang yang fasih berbahasa Melayu, namun mengambil inisiatif untuk mendalami bahasa kebangsaan itu.

“Sejak kecil saya dan keluarga lebih banyak bercakap bahasa Inggeris, sesekali sahaja bertutur dalam bahasa Mandarin dan Melayu, mungkin sebab itu saya kurang fasih dalam dua bahasa berkenaan.

“Sebelum saya masuki industri hiburan Melayu, saya ambil kelas selama enam bulan di Aswara dan setiap hari tengok drama Melayu dan bercakap kuat-kuat dalam bahasa itu. Sekarang ini penguasaan bahasa Melayu saya lebih baik cuma adalah pelat-pelat sikit,” katanya.