fbpx

Bercakap sahaja bab kucing, ternyata rakyat Malaysia lah antara majoriti yang paling tinggi memelihara kucing dan menjadi pecinta kucing yang paling baik hati.

Siapa yang bela kucing sahaja akan tahu betapa manja dan jinaknya kucing peliharaan mereka. Ada juga diantara pecinta kucing yang menjadikan kucing ini sebagai rakan karib mereka untuk meluahkan perasaan, dan kucing juga boleh dijadikan salah satu hiburan bagi pecinta kucing apabila melihat gelagat si bulus mereka membesar di depan mata.

Tapi ramai juga di antara pecinta kucing tidak tahu ada di antara si bulus mereka dijangkiti penyakit seperti batu karang dan masalah sistem penghadaman. Ini semua gara-gara pengambilan air tidak cukup buat si bulus membuatkan mereka kekurangan air di dalam badan.

Jangan main sumbat sahaja semua benda, kesian kucing tu. Anda hanya perlukan makanan di bawah ini untuk bantu kucing anda sentiasa sihat, cukup air di dalam badan dan membesar dengan gebu!

ProDiet Broth Antara Makanan Kucing Yang Membantu Mengurangkan Batu Karang

Dalam banyak-banyak makanan kucing yang dijual di kedai, ProDiet Broth antara salah satu makanan kucing yang paling sesuai untuk memastikan sistem dalaman si bulus anda sentiasa dalam keadaan sihat.

Dihadiri dengan dua perisa iaitu ayam dan tuna membolehkan anda bertukar-tukar perisa setiap hari. Bukan berbentuk bijian, tapi ProDiet Broth adalah satu cecair seakan sup yang akan membantu meningkatkan jumlah pengambilan air untuk si bulus anda.

Dapat Jadikan Si Bulus Lebih Segar Dengan Sistem Penghadaman Yang Bagus

Ingat! Kucing juga seperti manusia yang memerlukan makanan dan minuman secukupnya, jika tidak masalah sistem dalaman si bulus anda akan terganggu.

Jangan anggap mudah bila memelihara kucing ni, serba-serbi harus lengkap untuk menggelakkan si bulus anda mempunyai penyakit.

Jadi tak salah sekiranya dari peringkat anak kucing lagi anda sudah memberikan Broth ini kepada si bulus anda. ProDiet Broth ini sesuai untuk semua jenis kucing dan peringkat umur.

Jika diambil dari peringkat awal secara konsisten ProDiet Broth ini dapat kurangkan masalah saluran kencing tersumbat dan batu karang. Secara tidak langsung kandungan kelembapan yang ada pada kucing anda lebih tinggi.

Paling menarik, ProDiet Broth ini mampu membuatkan si bulus anda lebih segar dan cergas. Jadi bolehlah setiap hari anda melihat gelagat mereka.

Jom Dapatkan 500 Pek Percubaan Secara Percuma, Best Ni!

Okey! Kali ni yang tak sabar nak beritahu anda yang sebenarnya anda boleh dapat sample pack ProDiet Broth ni secara percuma sebanyak 500 tau.

Biasanya kucing tidak boleh menukar menu atau makanan mereka secara mengejut. Untuk pastikan si bulus ada jatuh cinta dengan ProDiet Broth ni anda boleh berikan pek percubaan terlebih dahulu. Tiada pewarna, tiada perasa tambahan. Jika rasa serasi dan anda sendiri nampak mereka lebih berselera, anda boleh beli pek ProDiet Broth untuk buat stok.

Jika mahukan kucing kesayangan anda sihat dan membesar dengan aktif jangan segan untuk mencuba makanan kucing sehinggalah makanan kucing itu serasi dan sesuai untuk si bulus anda.

Maklumat lanjut anda boleh layari laman rasmi ProDiet. Jom dapatkan sampel percuma di sini.