Belum rasmi dilancarkan, tapi pra-tempah dah habis? Powerrrr!!!
Itulah yang berlaku kepada HONOR X9e Pro apabila stok pra-tempahan model terbaharu ini dilaporkan habis dijual.

Kalau tengok pada spesifikasinya, memang nampak jelas kenapa telefon ni cuba tampil berbeza dalam kelas pertengahan. Daripada bateri besar, ketahanan lasak, perlindungan dua tahun sehinggalah kamera dan ciri AI. Memang gempak habis.
Malah, HONOR turut membawakan sembilan peningkatan yang menjadi antara tarikan utama X9e Pro.
Jom kita tengok apa yang ditawarkan.
1. Bateri 11,000mAh – Memang Besar
Antara perkara paling mencuri perhatian ialah kapasiti bateri 11,000mAh.

Menurut data rasmi HONOR, bateri ini mampu menawarkan sehingga 66.8 jam main video dan 164.5 jam mendengar muzik, selain menyokong pengecasan berwayar 80W dan pengecasan songsang 27W.
Maksudnya, kalau kawan sebelah dah mula cari power bank sebab bateri telefon nazak, mungkin telefon korang pula yang boleh jadi ‘power bank bergerak’. Mesti kawan korang syukur sujud! Haha.
2. Lasak Dengan Perlindungan Skrin Yang Bukan Biasa-Biasa
HONOR X9e Pro direka dengan fokus kepada ketahanan, termasuk struktur casing yang mengambil inspirasi daripada palang perlindungan hentaman pada kereta lumba.
Ia turut menggunakan teknologi full-surface adhesive bonding dan menjalani ujian jatuh pada 10 jenis permukaan serta lapan sudut badan telefon.
Model ini juga menerima SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance.

Malah, dalam sesi taklimat pra-media, skrin X9e Pro diuji menggunakan pistol udara dengan peluru getah dan masih boleh berfungsi seperti biasa selepas beberapa tembakan.

Okay, yang ni memang agak ekstrem.
3. Tahan Air Sehingga 10 Meter
Tak cukup dengan ketahanan fizikal, X9e Pro turut hadir dengan pensijilan IP68, IP69 dan IP69K.

HONOR mendakwa telefon ini mempunyai ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter, dengan struktur perlindungan yang direka untuk mengurangkan risiko kerosakan apabila terkena air.
Jadi kalau telefon terjatuh ke dalam air secara tak sengaja, sekurang-kurangnya korang ada lapisan perlindungan tambahan. Tiada lagi kerisauan!
4. Perlindungan Sehingga Dua Tahun
Ini mungkin antara perkara yang paling menarik untuk pengguna yang selalu risau telefon rosak selepas beli.
HONOR X9e Pro menawarkan 730-Hari Front & Back Crack Protection dan 730-Hari Liquid Damage Protection, selain satu tahun Extended Warranty secara percuma.

Jadi, perlindungan yang ditawarkan bukan setakat beberapa bulan pertama selepas pembelian.
5. Skrin 10,000 Nit – Bawah Matahari Pun Boleh Nampak
Dengan kecerahan puncak sehingga 10,000 nit, HONOR X9e Pro dikatakan mampu memberikan paparan yang lebih jelas ketika digunakan dalam keadaan terang.

HONOR menyatakan angka ini merupakan peningkatan 67% berbanding generasi sebelumnya.
Buat yang selalu kena squint mata nak tengok skrin telefon tengah panas terik, ciri macam ni memang boleh jadi berguna.
6. Kamera 108MP Dengan Penstabilan CIPA 6.0
Untuk kamera utama, X9e Pro menggunakan sensor 108MP bersaiz 1/1.67 inci, piksel 0.64?m dan aperture f/1.75.
Ia turut dilengkapi sistem penstabilan yang mencapai tahap CIPA 6.0, dengan fokus untuk menghasilkan gambar yang lebih stabil terutama dalam keadaan cahaya rendah.

Selain itu, ciri Underwater Colour Tuning membolehkan pengguna mengambil gambar ketika berada di dalam air dengan lebih mudah, selari dengan kemampuan ketahanan air telefon ini.
7. AI Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Cantikkan Gambar
Bahagian kamera X9e Pro turut diperkasakan dengan beberapa ciri AI.
Antaranya AI Enhanced Night, Telephoto dan Portrait yang membantu mengoptimumkan hasil gambar secara automatik.

Untuk Moving Photo pula, terdapat fungsi seperti Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion.
Yang mungkin paling menarik ialah AI Image-to-Video 2.0, yang membolehkan sekeping gambar dijadikan video berdasarkan arahan teks.
Jadi kalau malas nak edit satu-satu, AI yang buat kerja. Mudah kerja weh!
8. Snapdragon 6 Gen 5 Untuk Prestasi Harian
Dari segi prestasi, HONOR X9e Pro menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 5.
Ia turut menampilkan Hummingbird Architecture 2.0 yang menggabungkan beberapa teknologi pengoptimuman sistem berasaskan AI.
HONOR mendakwa kelajuan pelancaran aplikasi boleh mencapai sehingga dua kali lebih pantas berbanding peranti setara, selain menjanjikan prestasi yang kekal lancar sehingga 72 bulan.
9. Bukan Baru Sekali – Siri HONOR X9 Dah Lama Jadi Pilihan
Dan akhirnya, kita sampai kepada faktor yang mungkin menjelaskan kenapa pra-tempahan X9e Pro boleh habis dijual.
Menurut HONOR, siri HONOR X telah menduduki tempat No.1 dalam segmen pertengahan Malaysia selama empat generasi dan tiga tahun berturut-turut, dengan pengiktirafan daripada Asia Record dan ASEAN Record.

Jadi, X9e Pro bukanlah nama yang muncul tiba-tiba.
Ia datang dengan rekod siri terdahulu, kemudian cuba membawa lebih banyak ciri ke generasi baharu ini.
Jadi, Kenapa Pra-Tempahan Boleh Habis?
Daripada bateri 11,000mAh dan ketahanan air sehingga 10 meter, hinggalah perlindungan dua tahun, kamera 108MP, ciri AI dan cip Snapdragon 6 Gen 5, HONOR X9e Pro memang hadir dengan banyak perkara untuk ditawarkan.

Dan apabila stok pra-tempahan pula habis sebelum pelancaran rasmi, jelas model ini sudah berjaya menarik perhatian pengguna yang memang sedang mencari telefon dalam kategori tersebut.
Bagi yang terlepas peluang pra-tempahan, nantikan pengumuman rasmi HONOR untuk mengetahui bila X9e Pro akan tersedia untuk pembelian.
Kalau spesifikasi macam ni dah buat korang rasa nak tukar telefon, faham-faham sajalah kenapa ramai dah ‘lock’ awal.