Kalau korang tengah survey telefon baru dalam kategori midrange, haaa… mungkin boleh pause kejap dekat sini.
Sebabnya, HONOR baru sahaja memperkenalkan HONOR X9e Pro dengan bukan satu dua upgrade, tapi sembilan peningkatan bertaraf PRO yang memang nampak macam HONOR nak bagi habis-habis kali ni.
Dan paling menarik, beli HONOR X9e Pro sepanjang tempoh pra-tempah ni, korang boleh dapat tablet secara percuma!
Pra-tempah HONOR X9e Pro, Tablet HONOR Pad X7 Percuma!
Untuk tempoh pra-tempah sehingga 8 Oktober, setiap pembelian HONOR X9e Pro akan disertakan dengan HONOR Pad X7 (4+128GB, WiFi) secara percuma.
Bukan tablet sahaja tau.
Korang juga akan dapat Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang selama 730 hari, Pelindungan Cecair selama 730 hari serta Jaminan Tambahan Satu Tahun, dengan keseluruhan hadiah dan perlindungan bernilai sehingga RM1,626.

Tambah lagi, pelanggan pra-tempah turut menikmati rebat tunai RM100, menjadikan harga HONOR X9e Pro serendah RM1,799.
Okay, dah tahu pasal tablet percuma dan deal dia. Sekarang kita tengok pula apa yang PRO sangat dekat HONOR X9e Pro ni.
1. Bateri 11,000mAh — Memang Besar Gila
Sekarang ni telefon dengan bateri 10,000mAh pun dah mula jadi perhatian.
Tapi HONOR X9e Pro pergi satu langkah lagi dengan bateri 11,000mAh, yang didakwa sebagai bateri terbesar dalam industri.

Nak bayangkan besarnya tu, kapasiti ni pun lebih besar daripada kebanyakan power bank.
Menurut data rasmi HONOR, bateri ni mampu memberikan sehingga:
1. 66.8 jam main video
2. 164.5 jam dengar muzik
3. 35.6 jam melayari video pendek
Maksudnya, kalau korang jenis yang memang tak boleh berpisah dengan TikTok, YouTube atau drama, bateri ni memang direka untuk tahan lama. Jadi tak payah risau bateri kong lepas ni.
Nak cas pun tak perlu tunggu lama sangat sebab HONOR X9e Pro menyokong 80W pengecasan berwayar.
Malah, ada juga 27W pengecasan songsang, jadi kalau kawan sebelah dah mula panik sebab telefon tinggal 3%, boleh hulur bantuan. Amacam? Power tak power?
2. Lasak Bukan Setakat Nampak Lasak
HONOR X9 memang dah dikenali dengan fokus terhadap ketahanan, dan HONOR X9e Pro meneruskan pendekatan tersebut.
Kali ni, reka bentuk casingnya mengambil inspirasi daripada palang perlindungan hentaman atau crash beam pada kereta lumba.

HONOR turut menggunakan penyelesaian full-surface adhesive bonding yang menggantikan pelekat belakang konvensional.
Hasilnya, HONOR X9e Pro diuji jatuh pada 10 jenis permukaan lantai sebenar dan kesemua lapan sudut badan telefon.
Telefon ni juga berjaya meraih SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance, yang menurut HONOR merupakan kali pertama pensijilan tersebut diberikan kepada sebuah telefon pintar!
Kejap, bukan itu sahaja.
Dalam sesi pre-briefing media sebelum ini, wartawan turut melakukan ujian yang agak berani.
Skrin HONOR X9e Pro ditembak menggunakan peluru getah daripada pistol udara.

Dan walaupun dikenakan beberapa tembakan, skrin masih berfungsi seperti biasa.
Okay, yang ni memang bukan ujian jatuh atas katil ye. Haha…
3. Tahan Air Sampai 10 Meter
Kalau korang jenis cuai dan selalu letak telefon dekat tempat yang berisiko terkena air, HONOR X9e Pro juga datang dengan IP68, IP69 dan IP69K.
Malah, tahap ketahanan airnya mencecah 10 meter.

Untuk mendapatkan tiga pensijilan ini, telefon perlu melalui pelbagai ujian termasuk rendaman berulang, semburan air bertekanan tinggi dan ujian air panas.
Struktur ketahanan airnya pula mengambil inspirasi daripada reka bentuk kapal selam, termasuk cengkerang luar tahan tekanan, lapisan ketahanan air berbilang lapis, pengedapan berpetak serta saluran pengaliran air.
Jadi, bahagian dalaman telefon direka untuk kekal kering walaupun telefon terkena atau terjatuh ke dalam air. Hebat betul.
4. HONOR Rakyat Care+ Pun Naik Level
Ini antara benda yang menarik kalau korang memang fikir pasal penggunaan jangka panjang.
HONOR sebelum ini memperkenalkan Perlindungan Skrin Retak 180 hari menerusi HONOR X9a.

Kemudian perlindungan tersebut terus dipertingkatkan pada generasi seterusnya.
Untuk HONOR X9e Pro pula, tempohnya kini jadi 730 hari.
Perlindungan ini merangkumi:
1. Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang 730 Hari – termasuk skrin dan kaca kamera belakang.
2. Pelindungan Cecair 730 Hari – satu kali pembaikan percuma di pusat servis rasmi sekiranya berlaku kerosakan akibat cecair dalam tempoh dua tahun.
3. 1-Tahun Extended Warranty – turut diberikan secara percuma.
Jadi secara ringkasnya, korang dapat dua tahun perlindungan untuk beberapa jenis kerosakan utama.
Kalau skrin pecah atau telefon mengalami kerosakan akibat cecair dalam tempoh perlindungan, boleh terus rujuk pusat servis rasmi HONOR.
5. Skrin 10,000 Nit — Tengah Panas Pun Masih Nampak
Korang pernah tak cuba tengok skrin telefon tengah hari, sekali pantulan cahaya matahari lagi terang daripada skrin kan?
HONOR X9e Pro cuba menangani isu tersebut dengan skrin yang menawarkan kecerahan puncak sehingga 10,000 nit.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 67% berbanding generasi sebelumnya.
Jadi walaupun korang guna telefon dalam keadaan cuaca terang dan panas, kandungan pada skrin sepatutnya lebih mudah dilihat.
6. Kamera 108MP OIS AI — Bawah Air Pun Boleh Snap
Untuk kamera utama, HONOR X9e Pro menggunakan penderia 108MP dengan penderia imej besar 1/1.67 inci, saiz piksel 0.64?m dan aperture f/1.75.
Gabungan ni membantu membenarkan lebih banyak cahaya masuk, terutama ketika mengambil gambar dalam keadaan pencahayaan rendah.

Kamera utamanya turut dilengkapi OIS dan mencapai tahap CIPA 6.0, dengan penstabilan yang disejajarkan dengan HONOR 600 Pro.
Jadi kalau korang suka ambil gambar waktu malam, ciri ni memang antara yang boleh diberi perhatian.
Tapi yang lagi menarik, HONOR X9e Pro juga boleh digunakan untuk fotografi bawah air.
HONOR menyediakan ciri Underwater Colour Tuning untuk membantu membetulkan kecenderungan warna biru-hijau yang biasa berlaku ketika mengambil gambar dalam air.
Dengan ketahanan air sehingga 10 meter tadi, korang boleh dapatkan gambar bawah air tanpa perlu risau telefon terus jadi mangsa.
7. AI Pun Dah Masuk Banyak Benda
Sekarang memang susah nak lari daripada AI.
HONOR X9e Pro hadir dengan tiga ciri fotografi AI iaitu AI Enhanced Night, AI Enhanced Zoom dan
AI Enhanced Portrait.
Setiap fungsi ni direka untuk mengoptimumkan kualiti gambar mengikut keadaan dan mod yang digunakan.

HONOR turut membawa ciri Moving Photo dengan fungsi seperti Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion.
Malah, ada juga AI Image-to-Video 2.0 yang dibawa turun daripada siri HONOR 600.
Dengan fungsi ni, gambar statik boleh dijadikan video berdasarkan satu ayat penerangan.
Maksudnya, satu gambar pun boleh diolah jadi kandungan yang lebih hidup tanpa perlu buat semuanya secara manual.
8. Snapdragon 6 Gen 5 + Hummingbird Architecture 2.0
Dari segi prestasi pula, HONOR X9e Pro menggunakan Snapdragon 6 Gen 5.
Cip ini direka untuk memberikan pengalaman yang lebih responsif bagi kegunaan harian seperti komunikasi, fotografi, navigasi dan hiburan.
HONOR turut memasukkan Hummingbird Architecture 2.0, yang dikatakan membantu mengekalkan kelancaran peranti sehingga 72 bulan.
Ia disokong tiga teknologi utama iaitu AI Trajectory Compensation, Page-Level Scheduling dan Kernel Lightweight Engine.
Menurut HONOR, teknologi ini membolehkan kelajuan pelancaran aplikasi menjadi sehingga dua kali ganda lebih pantas berbanding peranti setanding.
Jadi kalau korang jenis buka banyak aplikasi dalam sehari, aspek kelancaran ni memang antara perkara yang boleh dipertimbangkan.
9. Empat Generasi, Tiga Tahun Berturut-turut Jadi Juara Jualan
Okay, yang terakhir ni bukan ciri hardware. Ini lebih kepada rekod siri HONOR X9 sendiri.
Siri HONOR X9 telah mengekalkan kedudukan No.1 dalam pasaran telefon midrange Malaysia selama empat generasi dan tiga tahun berturut-turut, dan pencapaian tersebut kini disahkan melalui ASEAN Record.

Menurut HONOR, dua daripada setiap tiga rakyat Malaysia yang membeli telefon dalam segmen harga ini memilih siri HONOR X9.
Sebab tu lah gelaran “Pilihan Utama Rakyat Malaysia” terus dibawa ke generasi baharu ini.
Lima “First” Industri, Sembilan Upgrade PRO
Kalau tengok keseluruhan pakej, HONOR X9e Pro memang datang dengan peningkatan yang agak menyeluruh.
Daripada bateri 11,000mAh, ketahanan fizikal, ketahanan air, skrin sehingga 10,000 nit, kamera 108MP OIS AI, ciri fotografi AI, prestasi Snapdragon 6 Gen 5 hinggalah perlindungan selepas jualan yang dipanjangkan.
Dalam masa sama, siri HONOR X9 juga membawa rekod empat generasi berturut-turut dan tiga tahun sebagai No.1 dalam pasaran midrange Malaysia yang disahkan menerusi ASEAN Record.

Jadi kalau korang memang tengah mencari telefon midrange baru, HONOR X9e Pro nampaknya cuba menawarkan bukan sekadar telefon, tetapi satu pakej lengkap dengan spesifikasi, ketahanan dan perlindungan selepas jualan.
Dan untuk yang tengah berkira-kira nak beli, tempoh pra-tempah sehingga 8 Oktober tu memang kena ambil perhatian.
Sebab selain harga serendah RM1,799 selepas rebat RM100, korang turut dapat HONOR Pad X7 secara percuma, bersama perlindungan tambahan bernilai sehingga RM1,626.
Telefon dapat, tablet dapat, warranty pun ada.
Kalau macam ni, memang kena kira betul-betul sebelum tempoh pra-tempah habis. Kan?