Vivy Yusof Nak Tawar Cuti Tahunan Tanpa Had Pada Pekerja
Sebut sahaja nama Datin Vivy Yusof, sememangnya pengasas jenama tudung terkenal dUCk Scarf itu antara usahawan yang sering menjadi tumpuan ramai selepas terpalit dengan beberapa kontroversi panas sebelum ini.
Baru-baru ini, perkongsian Vivy menjadi perhatian ramai apabila merancang untuk menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada kakitangan syarikatnya.
BACA: Netizen Mesej Maki Hamun, Vivy Yusof Hanya Balas Dengan Doa
Menurut Vivy, dia mendapat inspirasi daripada syarikat penstriman popular Netflix apabila melihat kakitangan mereka mengunapakai kelebihan tersebut dengan sebaiknya.
“Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan mendapat respon mengejutkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix- mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta menguruangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus,” tulisnya.
Bagaimanapun, Vivy berkata dia sedar bahawa syarikatnya bukanlah seperti Netflix, namun akhirnya sepakat untuk melaksanakan cuti tanpa had itu termasuk cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang lebih mudah diatur.
“Tetapi kami bukan Netflix. Pada akhirnya kami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dan ini termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang flexibel,” katanya.
Menerusi perkongsian di Instagram itu lagi, Vivy turut berkongsi setiap pekerja layak mendapat 14 hari cuti tahunan dan mahu menukarkan faedah tersebut kepada tanpa had.
Perkongsian Vivy itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakannya itu dan ramai yang mahu bekerja di syarikatnya itu.
Hehe bagus sebenarnya.. Nak cuti cuti lahh.. Tapi make sure kerja siap.. Ha gitu kekdahnya..
International company kat malaysia ni so far amalkan tanda punch card/ thumb print.. Flexible nak masuka kerja pukul berapa as long 7-10am
Yang penting kerja siap! And kalau ada meeting make sure muka yg kena ada mesti ada.. Gittew..
**tanpa
**tanpa
Ini bodoh punya olang laa… Itu America sana… Sini org kita mmg banyak malas punya… Mmg akan gun akan tanpa was2 laarrr… Semua mau tiru itu olang putih punya sini semua pekeja bontot itam punya