fbpx

Netizen Mesej Maki Hamun, Vivy Yusof Hanya Balas Dengan Doa

Sejak kebelakangan ini ada sahaja kontroversi terpalit usahawan terkenal, Vivy Yusof. Namun, pengasas jenama dUCk itu dilihat tenang menjalani kehidupannya seperti biasa sebagai ibu dan ahli perniagaan.

Berikutan kontroversi terdahulu, Vivy pasti tidak terlepas daripada komen dan mesej berbaur negatif daripada netizen. Menerusi Insta Story, Vivy memuat naik paparan skrin mesej daripada netizen yang menghantar DM memaki hamunnya.

BACA: Vivy Yusof Nak Tulis Buku, Kongsi Kisah Jatuh Bangun Dalam Bisnes

“Kasihan anak-anak kamu. Buat malu ada mak macam kamu. Orang kaya bodoh,” tulis netizen tersebut.

Tidak melatah dengan kata-kata makian tersebut, Vivy berkata sejak bergelar usahawan sudah banyak kali dia menerima mesej sedemikian. Ujarnya, dia hanya mampu membalas dengan doa dan kata-kata murnia kepada individu berkenaan.

“Saya sering menerima mesej sebegini setiap hari sejak saya memulakan Fashion Valet. Kadang-kadang saya rasa risau dengan kesihatan mental komuniti kita.

“Kemarahan dan kebencian yang disebarkan terhadap individu tidak mereka kenali sangat membimbangkan. Pesanan kepada semua agar kita perlulah melayan satu sama lain dengan positif, dunia ini tidak perlukan kebencian.

“Jika anda menerima mesej sebegini, jangan balas dengan kebencian. Jangan doakan perkara tidak elok kepada mereka. Tetapi doakan untuk diri anda dan mereka juga,” tambahnya.