fbpx

Ziana Zain Tidak Kisah Dikritik Berpakaian Ketat

Baru baru ini persalinan yang digayakan oleh penyanyi Ziana Zain di Festival Fesyen Islamik (IFF) di Cannes, Perancis telah menimbulkan kritikan dikalangan para peminat yang mendakwa ianya terlalu ketat untuk dijadikan sebagai fesyen Muslimah.

Namun buat penyanyi ini, semua kritikan yang hadir dianggap sebagai satu lumrah untuk selebriti seperti dirinya dan menerima apa pun yang dikatakan dengan hati terbuka.

BACA: Ziana Zain Bawa Keperibadian Muslimah Ke Festival Fesyen Di Cannes

“Saya tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana dalam dunia artis ini orang akan mengata dan memuji. Setiap manusia mempunyai pandangan sendiri tapi kadang-kadang orang yang memberi pandangan itu melihat seolah-olah diri mereka sempurna,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam kenyataan sama, Ziana Zain berkata beliau tidak mahu memikirkan sangat perkara ini kerana pernah berhadapan dengan kritikan lebih hebat dan gaya pemakaian beliau hanya mengikut peredaran masa sesuai dengan status dirinya sebagai seorang selebriti.

“Sebagai seorang selebriti saya perlu gayakan pakaian yang mengikut trend terkini kerana tidak salah jika imej digayakan bersesuaian dengan majlis. Selagi pakaian yang dipakai itu masih menutup aurat ia sebenarnya sudah cukup bagi saya,” tambahnya lagi. (rtky/m)