Mana mungkin seorang isteri dapat melupakan saat pertama melahirkan anak sulung dan perkara itu dikongsikan oleh isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah. Ternyata perkongsian video tersebut membuatkan peminatnya tersentuh hati lebih-lebih lagi suami tercinta turut berada di sisi.
BACA: Bella Astillah Terima Maaf Anzalna Nasir
Sehingga kini, video tersebut mencatat lebih 400,000 jumlah tontonan dan juga lebih 1,000 komen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada Bella dalam meneruskan kehidupan berkeluarga.
Tidak kurang juga yang beremosi dan turut sebak dengan video tersebut. Kisah Bella memaafkan Aliff yang keluar bersama Afifah Nasir ternyata menjadi isu hangat kebelakangan ini. Bagaimanapun episod tersebut sudah berakhir.
Apa yang pasti, pengorbanan seorang wanita melahirkan seorang anak merupakan perjuangan antara mati dan hidup dan semoga hubungan kekeluargaan Aliff Aziz dan Bella akan sentiasa dipermudahkan. (rtky/s)