fbpx

Bella Astillah Terima Maaf Anzalna Nasir

Biarpun pada ketika ini masih sunyi sepi ungkapan maaf dari pihak Afifah Nasir, namun kakaknya Anzalna Nasir telah pun memohon maaf secara terbuka di Instagram semalam. Dengan hati yang terbuka Bella Astillah menerima permohonan maaf beliau.

BACA: Aliff Aziz Hairan Afifah Nasir Hilangkan Diri

“Bila orang sudah minta maaf kita harus memaafkan mereka. Dia buat secara terbuka lagi dan saya sangat berbesar hati untuk menerima permohonan maafnya. Mungkin selepas ini Anzalna perlu mengetahui keadaan sebenar sebelum boleh mengeluarkan komen,” katanya kepada Utusan Online.

Manakala menerusi laporan m Star Online, Bella ada memberitahu kenyataan ‘meroyan’ yang dikeluarkan Anzalna sangat menyakitkan hati beliau. Malah selepas kenyataan beliau mula viral, keluarga Bella di Sabah turut terkesan dengan kata-kata itu yang dianggap melampau.

Selain itu, Bella tegas menyatakan dirinya masih tidak bersedia memaafkan dan melupakan tindakan Afifah yang pada ketika ini masih hilang. Trauma dengan kejadian karaoke itu, Bella berharap pihak Afiffah tidak mendekati keluarganya serta suaminya lagi.

Buat anda yang mungkin lupa atau tidak ingin lupa- ini adalah kenyataan Anzalna kepada Bella selepas kejadian pergelutan di karaoke, bilik keramat 333 melibatkan Aliff Aziz, Bella dan Afifah. (rtky/w)