fbpx

Ustaz Ebit Lew Sedih Pasar Raya Elewsmart Dipecah Masuk

Baru sahaja membuka pasar raya untuk membantu golongan yang memerlukan, bagaimanapun pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meluahkan rasa sedih apabila Elews Mart di Sungai Buloh dilaporkan telah dipecah masuk.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Berkongsikan perkara itu di Instagram, Ustaz Ebit berkata kejadian itu berlaku pada 3.30 pagi tadi. Melalui rakaman CCTV, dapat dilihat dua orang lelaki memasuki pasar raya berkenaan dengan memakai helmet.

BACA: Sarungkan Isteri Cincin Depan Pasaraya, Ustaz Ebit Lew Rasa Seperti Pengantin Baru

“Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Peti besi kena angkat. Dengan curi susu-susu dan coklat-coklat,” tulisnya.

Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut memohon doa daripada orang ramai agar segala yang berlaku akan temui jalan penyelesaian dan yakin insiden yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya.

“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah.

“Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik,” tulisnya lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen tidak putus-putus memanjatkan doa agar segala urusannya dipermudahkan serta memberi kata semangat terus bersabar di atas ujian tersebut.

Malah, malah ramai juga yang terkejut dengan kejadian yang berlaku kerana menerusi foto yang dimuat naik memaparkan kesemua duit yang disimpan di laci ‘cashier’ juga telah diambil individu tidak bertanggungjawab itu.