Sebut sahaja nama Ustaz Ebit Lew, pasti ramai mengenali pendakwa terkenal. Malah, kaum India dan Cina juga turut mengenali Ustaz Ebit serta memuji sifat murninya yang membantu golongan susah tanpa mengira bangsa.

Bukan sahaja dikenali sebagai individu yang murah hati membantu mereka yang memerlukan, malah Ustaz Ebit turut menjadi contoh suami yang sentiasa menghargai isterinya. Malah, Ustaz Ebit sering menitipkan ucapan terima kasih buat bidadarinya.

BACA: Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Ustaz Ebit Hadiah Beg Tangan Berjenama

Baru-baru ini, Ustaz Ebit memuat naik perkongsikan video memaparkan dirinya menyarungkan cincin di jari manis isterinya sempena pembukaan pasar raya miliknya di Gombak. Menerusi coretan itu, Ustaz Ebit merasakan seperti pengantin baru apabila menyarungkan cincin di jari isterinya.

https://www.instagram.com/p/CENdQ_EFAsw/?utm_source=ig_embed

Ustaz Ebit tidak lupa untuk menzahirkankan ucapan terima kasih kepada isterinya kerana sentiasa ada bersamanya ketika susah senang, mendoakan untuk kejayaannya serta menjaga anak-anak mereka.

Difahamkan, Sabtu merupakan pembukaan cawangan baru Elewsmart di Sri Gombak berlangsung dan pada hari Ahad pula pembukaan KL Trades Square, Jalan Gombak