fbpx

Ustaz Ebit Lew Mahu Buka 30 Lagi Elewsmart Sebelum Hujung Tahun

Selepas membuka 10 cawangan pasaraya Elewsmart menjual barangan runcit dengan harga paling murah, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew bercadang mahu menambah lagi cawangan dalam masa terdekat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan beliau mahu membuka 30 lagi cawangan Elewsmart sebelum hujung tahun ini berikutan pasarayanya mendapat sambutan ramai.

BACA: Ustaz Ebit Lew Sedih Pasar Raya Elewsmart Dipecah Masuk

Ustaz Ebit berharap agar setiap cawangan Elewsmart yang dibuka mampu menjadi asbab kebaikkan buat dirinya serta meringankan beban mereka yang memerlukan atau yang berpendapatan rendah.

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur di atas niat baik pendakwah itu. Malah, ramai tidak melepaskan peluang mencadangkan kawasan-kawasan mereka bagi membolehkan mereka membeli barangan di pasaraya tersebut.