Jika ada majlis karpet merah di Malaysia, tidak kisahlah majlis apa pun, pastinya busana selebriti menjadi perhatian. Menggayakan busana yang menampakkan sebahagian lengan dan juga tubuh badan, Uqasha Senrose sekali lagi menjadi mangsa kecaman.

BACA: Hefny Sahad Akui Serius Dengan Uqasha Senrose


Selain ada yang menyifatkan pakaian yang digayakannya itu cukup seksi, ada juga yang mempertikaian bentuk badan Uqasha yang dilihat berisi. Ternyata perkara tersebut mendapat perhatian Uqasha sekaligus membuatkan dia memuatnaik gambar lain di Instagram.

Selain itu, pelakon wanita berkenaan turut menutup ruangan komen. Begitulah keadaan yang menimpa Uqasha. Baginya, dia tidak kisah tentang apa yang diperkatakan haters kerana kebahagiaan diri sendiri jauh lebih penting.


Sementara itu dalam perkembangan lain, Uqasha sempat berkongsikan bagaimana bermulanya percintannya bersama kekasih hati iaitu Hefny Sahad.

“Pada mulanya saya suka dia, tapi dia ‘jual mahal’ dan sebelum ini pun kami telah saling mengenali sejak 3 tahun lepas dan bermula pada hujung tahun 2016 barulah serius dan ikutkan setahun bulan 11 ni”

Jadi saya rasa tak ada benda nak hide lagi. Saya sebelum ini kawan dengan sesiapa pun, tak pernah mengaku. Tapi dengan dia yes, saya mengaku kekasih hati dan teman istimewa saya,” katanya. (rtky/h)