fbpx

Hefny Sahad Akui Serius Dengan Uqasha Senrose

Pengacara dan pelakon Hefny Sahad, memberitahu bahawa dia dan pelakon cantik, Uqasha Senrose sedang menjalinkan hubungan yang serius setelah perkenalan mereka selama setahun.

BACA: Uqasha Senrose Putus Cinta Dengan Tengku Bakar?

“Kita kawan dah dekat setahun dan kita rapatlah, bulan 11 cukup setahun kita kawan. So far, so good tak ada masalah apa-apa cuma perjalanan setahun tu banyak yang kita nampak. Bila dah lama kita harapkan hubungan pergi ke tahap yang lebih serius atau lebih stabil”

“Sudah semestinya, bila kita dah lama kawan akan ada perbincangan, perancangan itu semua. Cuma hubungan ini, apa yang boleh saya katakan buat masa sekarang kita seriuslah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Separuh Akhir Muzik Muzik.

Hefny turut berkata sepanjang menjalinkan hubungan bersama Uqasha sudah tentu ada pasang surutnya. Pun begitu, dia mengakui bahawa Uqasha bersikap jujur sepanjang perkenalan mereka.

“Dalam setiap hubungan itu akan ada naik turun, ada masa kita bergaduh, ada masa kita sedih dan ada masa kita gembira. Tapi sepanjang setahun apa yang saya tahu walau macam mana sekali pun, at the end of the day, kita akan jadi baik balik buat masa sekaranglah. Tapi kita tak tahu lagi akan datang macam mana”

“Dia benda ni sebab kita belum sampai ke tahap, dari segi kalau ikut hukum pun kita belum mempunyai apa-apa ikatan yang sah. Jadi mesti ada rasa jealous, cuma saya tak ada hak terlampau-lampaulah, sebab saya kena tahu juga beza antara kerja, atau mungkin kerja untuk tujuan publisiti ke apa”

“Tapi selalunya apa yang jadi dia akan bincang dan share dengan saya. Dia seorang yang bersikap jujur. Apa yang kita berbual dengan orang lain, conversation text, apa sahaja dia akan tunjuk dekat saya. Dia sangat jujur dari segi benda itu. Itu yang saya rasa okaylah. Tak ada apa-apa yang dia selindung pada saya,” katanya lagi yang mengharapkan perhubungan tersebut terus mekar. (rtky/h)