fbpx

Ude Wahid Minta Bekas Isteri Henti Tagih Simpati

Dalam kemaskini terbaru suami kepada Izreen Azminda, Ude Wahid meluahkan rasa tidak puas hati terhadap bekas isterinya Intan Liana kerana masih dilihat meraih simpati orang ramai dengan memuatnaik status kontroversi.

“Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta ‘makcik bawang’ buat dosa banyak-banyak”

BACA: Izreen Azminda Akui Sudah Terima Balasan Masing Masing

“Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!” tulis Ude Wahid baru baru ini.

Ude Wahid mendakwa yang kemaskini di akaun sosial berbaur simpati itu hanya akan menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap dirinya.

“Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa. Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak,” tambahnya lagi.

Beliau turut berpesan kepada orang ramai supaya tidak meninggalkan komen yang melampau sehingga mencabar kesabaran dirinya. (rtky/m)