Bukan mudah bagi Izreen Azminda dan suami untuk bertahan di sebalik tsunami kemarahan warga laman sosial gara-gara drama perpecahan keluarga suaminya, Ude Wahid sebelum ini. Bagi Izreen sendiri, dia menyatakan bahawa mereka kini apa yang terjadi adalah balasan buat dirinya.

BACA: Tahun Ini Izreen Azminda Berpuasa Dengan Suami


“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup. Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia”


“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup. Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata”

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,” jelasnya kepada BH Online.



Selain pada itu, menurut Izreen perkara yang sama turut terjadi pada pihak Intan di mana kini, walaupun tidak lagi bersama suami namun Intan kini semakin dikenali selain rezeki yang mencurah-curah.

“Begitu juga pihak di sana… Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki melimpah ruah. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami sudah menerima bahagian masing-masing… Allah Maha Adil,” katanya.

Apa yang pasti, Izreen juga punya matlamat yang sama bergelar wanita setelah berkahwin iaitu menjadi isteri yang baik dan menjaga keharmonian rumahtangga. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Owee Ah Chun