fbpx

Ucap Selamat Hari Bapa, Elyana Doa Supaya ‘Pergi’ Dulu Sebelum Suami

Umum mengetahui, penyanyi Elyana yang kini berada di hospital bagi menjalani rawatan radioterapi. Difahamkan, sudah lima hari Elyana menjalani rawatan berkenaan.

Meskipun berada di hospital, Elyana sempat memuat naik ucapan Hari Bapa buat suami tersayang, Khairul Anuar Husin yang sangat menyentuh hati.

BACA: Neelofa Hadiahkan 10 Helai Tudung Buat Elyana

Elyana berkata mereka sekeluarga tidak seronok seandainya suaminya tidak ada bersama. Lebih sebak, Elyana berkata dia selalu berdoa agar dirinya yang pergi dulu sebelum suami.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut merasa sayu serta membuatkan mereka mengalirkan air mata.

Malah, pengikutnya turut mendoakan agar penyakit yang dihidapinya itu segera sembuh dan dipanjangkan usia serta dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.