fbpx

Neelofa Hadiahkan 10 Helai Tudung Buat Elyana

Penyanyi Elyana yang kini menjalani rawatan radioterapi meluahkan rasa gembira dan terharu apabila menerima hadiah tudung daripada selebriti popular, Neelofa.

Memuat naik video di Instagram, Elyana menunjukkan beberapa kotak tudung yang dihantar kepadanya di hospital serta mengucapkan terima kasih kepada usahawan tersebut.

BACA: Berat Badan Tinggal 35 Kg, Elyana Perlu Jalani Rawatan Radioterapi 10 Hari

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

“Saya hari ini gembira sangat. Ceritanya, saya memang bawa satu tudung sahaja sebelum ini, tiba-tiba Neelofa beri saya banyak tudung. Memang rezeki.

“Terima kasih Neelofa. Semoga awak murah rezeki dan bahagia selalu. Tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini sambil proses memasukkan susu ke dalam badan. Banyak dia bagi. 10 helai, macam-macam warna ada. Semoga murah rezeki,” katanya.

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Neelofa turut memuat naik status meluahkan rasa sebak melihat ketabahan Elyana serta mendoakan agar penyanyi itu diberikan kesembuhan.

“Masya-Allah saya pula nak menangis tengok video ini. Saya kagum sebab Elyana boleh senyum dan ceria dalam kesakitan. Moga Allah kurniakan kesembuhan untuk awak,” tulisnya.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.