Walaupun beberapa kali Alyah memberikan kenyataan ‘terlepas cakap’ kepada media tentang hubungan beliau dengan pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS status sebenar masih kabur hingga kini.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Ini mengundang para peminat untuk membuat kesimpulan dan spekulasi sendiri setiap kali kisah mereka berdua timbul di media. Terbaru, peminat membawa spekulasi mereka di akaun Instagram Alyah.
Alyah memuatnaik sekeping gambar dirinya berada di hadapan rumah dan para peminat mula meninggalkan komen mengatakan yang Alyah bakal berpindah ke rumah Ramli MS selepas berkahwin tidak lama lagi.
“Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen yang diberi berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli”
“Ia tidak ada kena mengena dengan isu saya berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga,” ujar Alyah kepada Berita Harian.
Dalam laporan yang sama, Alyah berkata yang beliau menutup akaun Twitter dan kini fokus kepada Instagram & Facebook kerana menganggap memiliki Twitter sangat mengganggu dirinya.