Pengacara Nadia Annuar berpendapat sekiranya pempengaruh media sosial, Bob T20 tergolong dalam T20 tidak sepatutnya menjadi hamba duit.

Menerusi satu hantaran di Threads, Nadia berkata jika pempengaruh tersebut berpendapatan tinggi sudah pasti boleh bersantai sahaja dan mengisi masa ke gim.

BACA: Kongsi Gambar Tepi Pantai, Nadia Annuar Dipuji Makin Cantik

“Mushkil sedikit, kalau betul dia T20, patutnya bukan jadi hamba duit dah. Maksudnya dah relax, boleh pergi gym dan buang lemak-lemak tu semua.

“Tapi kalau dia masih kena kerja sampai tak ada masa nak buat benda lain, maksudnya dia B40 atau M40?” katanya.

Sementara itu, Nadia turut mempersoalkan pengurusan masa pempengaruh berkenaan serta mengatakan jika benar-benar kaya sudah pasti ada gim di rumah.

“Dia time management teruk ni. Ada masa makan, mandi, berak. Tak akan tak ada masa pergi gym 30 minit? Lagi-lagi kalau betul kaya, gym pun boleh ada dalam rumah. Kereta Lamborghini real pun jadi miniature sebelah,” katanya. 

×