“Harap Dipertemukan Dengan Lelaki Bertanggungjawab, Mampu Membimbing”

Pelakon Nur Fazura memberitahu dia berharap agar dipertemukan dengan pasangan yang baik serta mampu membimbingnya seandainya ditakdirkan bertemu jodoh kelak.

Menerusi sesi siaran langsung di media sosial, Fazura berkata apabila pasangannya boleh memimpin dia boleh menjadi lebih tenang.

BACA: “Impian Ke Itali Bersama Cinta Hati Belum Tercapai” 

Menurut Fazura lagi, sebagai wanita sudah pasti dia mahu bersandar pada pasangan serta berharap bertemu dengan lelaki yang bertanggungjawab.

“Insya-Allah, saya berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang baik, yakin dengan dirinya, berani, bertanggungjawab, tegas dan mampu membimbing saya.

“Selama bertahun-tahun saya terbiasa memikul banyak tanggungjawab dan memainkan peranan yang kuat dalam hidup. Kini, saya juga ingin merasai menjadi seorang wanita yang boleh bersandar kepada pasangannya.

“Saya mengimpikan seorang lelaki yang mampu memimpin hubungan dengan baik. Apabila dia memimpin, saya boleh berehat dan menikmati sisi kewanitaan saya. 

“Saya boleh menjadi lebih manja, lebih tenang dan lebih selesa bersamanya. Itulah yang saya harapkan dan impikan,” katanya.

Terdahulu, Fazura berkata dia menyimpan hasrat untuk ke Itali bersama pasangan hidupnya sekiranya dipertemukan jodoh di masa akan datang.

Sumber: Utusan

×