Perkongsian ibu kepada Zahirah Macwilson iaitu Maslinda Yusof menjadi perhatian apabila apabila mendakwa berdepan kesukaran untuk bertemu cucunya sendiri.

Menerusi perkongsian di Threads, Maslinda meluahkan rasa terkilan serta mendakwa dikenakan syarat untuk bertemu dengan cucunya.

BACA: Ibu Zahirah MacWilson Sedih Anak Sedang Sarat Hamil Dihina

“Allahuakbar! Apa rasa datuk nenek ya, kalau nak jumpa cucu-cucu pun bersyarat!” tulisnya.

Diruangan komen, hantaran Maslinda itu mencetuskan spekulasi dikalangan netizen serta berharap ibu kepada aktres itu bersabar dengan ujian berkenaan dan terus berdoa kerana doa ibu tiada hijab.

×